Mengharungi bulan puasa belakangan ini .... tak macam dulu lagi kerana badan kerap kurang sihat. Apapun ibadah perlu diteruskan biar apa keadaan sekalipun. Urusan kehidupan seharian tetap berjalan terus. Dunia terus berputar seadanya.
Urusan kerjaku di sekolah belakangan ini agak perlahan sedikit terutama di bulan Ramadan ini. Apapun bekerja dengan pengetua yang hebat seperti pengetuaku sekarang ini memang menuntut komitmen tinggi.....
Urusan keluargaku macam biasa juga.... umi sudah bertukar ke sekolah baharu. Seminggu dua ini aku sibuk membantu umi mengubahsuai bilik tempat kerjanya. Pengalaman bertukang dan sedikit sebanyak pengetahuan tentang dekorasi kugunakan untuk merekaletak dan mengubahsuai biliknya menjadi lebih menarik dan kondusif. Umi nampak gembira dengan biliknya yang sudah ceria dan sentiasa menerima kunjungan guru dan pelajar di sekolah baharunya.
Anak sulungku Hamizah sudah selesa di tempat kerjanya sebagai penolong eksekutif di Jitra. Dia mengetuai satu department pengeluaran produk. Aku dan umi dah usahakan dia memiliki keretanya sendiri. Nampaknya dia gembira dah ada kereta baru . Cucu cucuku Sya dan Na pun makin membesar. Sehari dua lepas kami berbuka puasa di rumah kakak di Kem Kelubi Bandar Darulaman. Bukan main seronok aku dan umi melayan cucu sambil menunggu waktu berbuka.....
Hamizi sudah ada syarikat sendiri Litescape Resources (litesr.com) . Peringkat permulaan sudah tentu dia akan terasa peritnya. Eloklah macam tu.... bermula dengan susah supaya bila dah senang ... tak mudah lupa waktu susah. Biasalah anak muda... selalu buat keputusan gopoh gapah.... mahu tidak mahu aku perlu memantau bisnes Hamizi ni. Kini aku sedang aturkan strategi perniagaannya. Apa yang penting Hamizi perlu segera dapatkan Lesen Kewangan supaya Litescape bersedia untuk masuk tender di pasaran terbuka. Aku agak yakin Hamizi boleh berjaya kerana dia penuh keyakinan diri dan banyak kenalan dalam bisnes. Harap harap bisnes ini berkembang dan dapatlah aku tumpang pencen awal... Hamizi ni dah bertunang baru-baru ini .... dengan orang Sungai Udang, Yan. Hubungannya dengan orang Tanjung Malim tak menjadi walaupun pihak keluarga mereka pernah datang rumah kami. Tunangnya si Azizah ni baru saja dia kenal tapi nampak serasi. Pada mulanya kami sekeluarga berkunjung sekali ke Yan dan pihak sana pun datang ke rumah. Jadi mudah pula... terus ditunangkan saja. Tak ada aral tahun depan dilangsungkan majlisnya.... Hamizi sekarang kenalah bekerja tungkus lumus dalam bisnesnya.... selain nak bayar bulanan kereta merah barunya.... kenalah kumpul duit untuk kahwin...
Hanis nampak selesa dengan kerja di Perai. Takda masalah nampaknya.... jawatan pun dah sah. Gaji pun dah naik. Tak ada aral September ini dinikahkan dengan Abdillah. Nampak gaya Hanis dan Abdillah ni serasi cuma aku agak bimbang kerana Hanis ni agresif dan panas baran. Tapi aku tengok si Abdillah lebih penyabar orangnya... ok la tu... balance.... aku tak kisah menantu-manantuku kerja apa pun asal boleh jaga anak-anakku dengan baik. Hal kerja dan mencari rezeki pandai-pandailah urus sendiri.... paling penting tidak abaikan hal-hal ibadah.
Hazman ada di rumah sekarang.... cuti semester sampai bulan September. Man ni aku tak berapa susah hati sangat kerana dia ni cool saja. Ini baru tahun dua Man di USM. Dia tukar cost sebenarnya. Awalnya Sains Komputer tapi sudah tukar ke Grafik Komunikasi. Menariknya tentang Man ni ialah dia sering menerima tempahan mereka bentuk grafik sama ada secara online atau offline. Bila direnungkan balik.... anak-anak lelakiku mewarisi bakat seniku tapi lebih kepada grafik. Man berbakat dalam seni grafik dan design.... Hamizi pun sama tapi lebih kepada design laman web. Apapun aku bersyukur kepada Allah kerana sudah 3 orang anakku selesai belajar.... ada degree dan sudah berkerjaya. Man pula berada di landasan yang betul sesuai dengan minatnya.
Hanim di tingkatan 2 di Asma. Pelajarannya nampak ok dan semakin meningkat. Pagi pagi Hanim ke sekolah dengan keretaku. Balik abang-abangnya atau umi yang ambil. Aku biasanya pulang agak lewat kerana sering ada mesyuarat sebelah petang.
Sekadar itu.... aku berhenti mencatat di sini....
No comments:
Post a Comment