Friday, July 18, 2014

Catatan Jumaat 18 Julai 2014.... 20 Ramadan 1435

Hari ini cuti, aku ingin menulis sikit dalam diary peribadi ini. Pagi tadi negara dikejutkan dengan terhempasnya MH17... sebuah lagi pesawat MAS. Kali ni katanya ditembak dengan peluru berpandu dan terhempas di sebuah ladang di Ukrain 50 km dari sempadan Russia. 

Malam tadi keluargaku hempiur semuanya ada kecuali Hanis. Bahagia dapat berbuka puasa beramai-ramai dengan anak dan cucu. Esok semua ada dan cadangnya nak balik berbuka di kampung mak ayah.... kampung tempat aku dilahirkan. Petang ni Kak Hanis balik lepas kerja ... Esok Mizah kerja . Petang baru boleh balik ramai-ramai ke kampung. Tak pasti boleh muat tak Exora tu sebab dah tambah penumpang lagi dua... si Sya dan Na. ....

Pagi ni ada kerja nak dibuat sebenarnya.... nak sambung pasang bracket gutter kat awning depan dan tepi rumah. Dah lama tertangguh kerja tu semua. Kalau hujan lebat dan ada angin memang air dari hujung awning depan rumahku itu akan melimpah ke arah laman depan pintu. Tau dah puncanya dan cara atasinya ialah pasang gutter dan arahkan air turun ke dalam longkang. Barcket dah ditempah khas dengan Pak Eddie... sahabat baik ... orang Sumatra. Harap-harap cadangan nak buat pemasangan gutter tu jadiklah pagi ni. urusan lain pun banyak... ruang tepi rumah sudah kena buat pilih buang. Tepi rumah tu sukar nak diurus sikit kerana ada 2 buah kereta lama yang tak tau nak letak kat mana dah. Kereta proton hitamku dulunya bagi kepada Hamizah pakai tapi bila dia dah beli kereta baharu ... proton hitam aku ambil balik dan teruskan bayarannya sikit lagi. Kereta tu rosak aircondnya .... compressor rosak... bagi dia tidur kat tepi rumah dululah. Tengoklah gaji ni .... kata kerani sekolah aku dpt tunggakan DG48... campur gaji mungkin aku boleh tumpang baiki proton hitam . Kereta tu boleh bagi Man utki guna di USM. Diapun cadang nak buat campus cab. Otak bisnes Man ni pun. Aku ikut sajalah sebab anak-anak dah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Baru baru ni motor Yamaha Lagenda Man jem kat jambatan Pulau Pinang. Man tunda ke Seberang Perai dan balik naik bas. Aku pinjam Hilux jiran depan rumah ... suruh Man dengan Jie pergi ambik motor tu bawa balik. Belum baiki lagi kerana piston jem. Biarlah dulu sebab Man cuti 3 bulan. Guna je kenderaan lain. Ada sebuah lagi kereta Kancil lama kat tepi rumah tu. Itu kereta yang Hamizi bawa balik dari Terengganu beberapa bulan dulu. Kereta tu kepunyaan sepupunya Muslim. Asalnya rosak kereta tu tapi Hamizi yang baiki. Tu pasal Muslim bagi Jie guna je dulu di Kedah ni sebab rtax pun Jie yang bayar. Bila balik Kedah dia beli kereta baru... apa lagi kereta tu tidur tepi rumahlah.... lepas raya kot aku nak minta Jie dan Man pergi hantar balik ke Terengganu. Kalau tidak nanti kawasan tepi rumah tu tak boleh nak guna langsung. Bulan September dah nak kenduri Hanis. 


No comments:

Post a Comment