Waktu aku mula menulis ini jam menunjukkan pukul 9.4o malam. Aku baru sahaja sampai ke rumah setelah keluar makan di Restoran Mekah. Sengaja membawa Umi dan Hanim pergi menjamu selera dengan makanan Arab. Kami ke restoran makanan arab di hadapan Tesco Mergong. Malam ini aku melihat sahaja Umi dan Hanim makan nasi mandy berlauk kambing. Aku tidak selera makan malam ini. Tapi rasa puas melihat umi dan hanim makan dengan berselera sekali. Aku hanya membeli kuetiau goreng di gerai hadapan taman perumahanku. Namun hingga sekarang belum lagi membika bungkusan makanan itu.... nanti sahaja. Kini aku di dalam bilik untuki menyelesaikan kerja-kerja untuk esok hari. Banyak yang perlu disiapkan malam ini untuk urusan esok hari. Selepas mesyuarat esok lebih kurang jam 11.00 pagi aku perlu ke JPN untuk suatu mesyuarat peringkat awal Kejohanan Olahraga MSSM pada bulan Mei 2014. Sekolahku diberi tugas bahagian Jawatankuasa Sambutan. Berat juga kerana yang nak disambut semasa pembukaan ialah Menteri Pelajaran dan semasa penutup ialah Timbalan Menteri Pelajaran. Untuk esok perlu ada sedikit laporan perancangan awal. Esok mungkin hanya Ketua Sektor yang chair meeting tapi dalam mesyuarat pada 2 Disember nanti pengarah JPN sendiri.
Lepas mesyuarat di JPN esok aku , umi dan Hanim akan terus balik ke Terengganu. Aku tak pasti pukul berapa kami akan mula bertolak. Harap-harap semuanyanya berjalan baik esok... InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment