Tuesday, November 26, 2013

Catatan Pagi di Pulau Rusa Kuala Terengganu

Pagi ini aku dan famili sudah berada di Kuala Terengganu. Sampai di Pulau Rusa awal pagi tadi sekitar jam 1.00 pagi. Aku, Umi, Hanim, Hamizah ..cucuku Arisya dan Aina sahaja yang balik ke Terengganu. Jie memang dah ada di Terengganu kerja dengan sepupunya Tok Sheikh Muslim. Hujung minggu ini Hanis dan Hazman akan menysul dengan Myvi dari Penang. Man dari USM akan ke tempat kerja Hanis pada petang Jumaat dan akan bertolak ke Terengganu. Kami balik kali ni khusus untuk meraikan perkahwinan anak saudaraku Mohsin dan Munirah. Kak Sah dan Abang Lah buat kenduri kahwin dua sekali anaknya tu. 

Aku baru sudah sarapan nasi dagang . Lama tak makan nasi dagang dengan kopi `o'. Harap-harap tak mengantuk sebab nasi dagang kan dicampur pulut. Sekejap lagi kami akan ke Sungai Rengas rumah Kak Sah. Memang riuh rendahlah nanti bila umi balik.
Ini gambar aku bersantai di atas cruise baru-baru ini. Umi yang ambil gambar ni. Aku terlelap waktu ini. Angin tengah bertiup kencang .
Ini umi ketika di wad Hospital Sultanah Bahiyah baru-baru ini. Umi berada di wad selama 9 hari termasuk semasa Hari Raya Aidil Adha. Kami beraya di hospital bersama umi...alhamdulillah kini umi sudah sembuh dan semakin sihat berbanding sebelum ini.
Masjid USM yang indah dan penuh nostalgia bagiku. Di sinilah aku kerap bersolat kerana aku belajar di USM, 3 orang anakku juga belajar di USM.

(Pagi ini kebetulan ada masa terluang, tak banyak perlu difikirkan... aku boleh mengadap laptop dan kujadikan samsung galaxyku sebagai wi fi untuk capaian internet... aku cubalah manfaatkan masa yang ada untuk memuatkan foto-foto kenangan yang terdapat dalam external hard disk yang kubawa bersama..... )

No comments:

Post a Comment