Monday, August 26, 2013

Sabtu 24 Ogos 2013, Sambutan Hari Raya Di Sekolahku- Sangat Meriah

Aku bersama pengetua Hj Turin Ahmad dan Pn Che Rokiah semasa perhimpunan pagi Sabtu, 24 Ogos 2013. Hari ini sebenarnya sekolah ganti tapi selepas rehat diadakan sambutan Hari Raya. Memang meriah sambutan tahun ini.....Melayu, Cina dan India bersama-sama merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1434 H.
Semasa acara persembahan, kami pengurusan sekolah `DIDERA' oleh cikgu-cikgu naik ke pentas untuk menyanyikan sebuah lagu.... lagu sedih...nyanyian S Jibeng. Tak sangka, pengetua aku ni pandai menyanyi rupanya.... sebenarnya tak kisah pun suara sedap ke tak sedap... yang peting...kena sporting ....

No comments:

Post a Comment