Monday, August 26, 2013
Khamis 22 Ogos 2013- Semalaman Di Atas Star Cruise, Pulau Pinang
Pada petang Khamis 22 Ogos 2013 aku dan umi menginap semalaman di atas Kapal Persiaran Star Cruise di Terminal Cruise Pulau Pinang. Bayaran untuk naik atas kapal ni RM800 seorang tapi kami naik percuma saja kerana semua kos ditanggung oleh sebuah NGO yang kami sertai. Dari terminal feri Pulau Pinang kami ke Terminal Cruise dan sampai lebih kurang jam 5.30 petang . Jam 6.00 ptg kami naik check in atas kapal. Memang besar dan mewah cruise ini. Ada sembilan tingkat semuanya. Ada restoran, dan kolam renang kat atasnya. Paling mengujakan ketika berada kat ruang terbuka tingkat 9. Ketika kapal bergerak aingin sangat kuat. Langsung tak bergoyang kerana saiz kapal yang besar. Angin selat pula bertiup kencang.... memang sangat menarik. Bilik pun macam hotel siap bilik air, tv kabel dan meja tulis.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment