Saturday, July 27, 2013

Sabtu, 18 Ramadan / 27 Julai... Cuti Tapi Sibuk....

Hari ini pagi-pagi lagi aku ke sekolah. Ada LDP . Hampir semua guru hadir. Pengetua kami Hj Turin sendiri menjadi penceramah utama. LDP berjalan lancar... sarat dengan maklumat, motivasi dan akhirnya menimbulkan iltizam. Aku yakin dengan gaya bersahaja pengetua, penerimaan guru-guru pasti baik.. sebab aku tak mendengar sebarang keluhan guru-guru walaupun dipanggil mengikuti LDP pada hari cuti dan di bulan puasa pula... harap-harap ini akan menjadi titik tolak yang baik untuk sekolahku...... Kalau bagiku... paling aku tertarik apabila pengetuaku menghuraikan 7 tabiat hebat oleh Stephen R Covey. Rasa-rasanya aku pernah baca buku tu..... Nanti akan kucari kat mana buku tu berada.... rasa teruja sungguh bila mengikuti acara bicara ilmu sebegini.. apa lagi ianya berlangsung disekolahku sendiri. Aku yakin jika budaya cakna ilmu sebegini dapat disemarakkan di sekolahku... aku amat yakin sekolahku akan jadi sekolah ternama sedikit waktu lagi kerana warga pendidiknya menghargai ilmu dan mengaplikasikannya dalam kerja buat sehari-hari.....

Tengah hari berehat sekejap. Lepas tu bermanja-manja kejap dengan cucuku Arisya Nabila... hilang penat tok wan..... Dalam pukul 4.00 macam tu aku dan umi ke bazar Ramadan Pekan Simpang Kuala. Banyaknya kereta dan ramainya orang... maklumlah orang baru dapat gaji....meriahlah. Sampai di rumah menghadap laptop ni untuk sedikit urusan dgn internet banking. Adalah pindahkan wang ke akaun lain kerana satu urusan. Senangnya wang berpindah tangan pada zaman moden ini. Tapi yang penting dengan adanya internet banking senang sikit urusan. ..... aduh.... letihnya. Berhenti di sini.


No comments:

Post a Comment