Saturday, July 6, 2013

Sepanjang Jalan Kenangan... Foto-foto Peristiwa Bersejarah Dalam Hidupku...

Gambar ini diambil semasa aku bersama dua orang sahabat mewakili Negeri Kedah menjadi johan Kuiz Kenegaraan Peringkat Kebangsaan Tahun 2001 di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Kuiz ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sempena Hari Kebangsaan.  Manisnya kenangan itu....
....



Gambar ini semasa Kuiz Kenegaraan Peringkat Kebangsaan Di Dewan PGRM, Kuala Lumpur tahun 2009. Aku bersama dua orang sahabat yang sama mewakili Negeri Kedah. Bagaimanapun kami hanya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja...




























Gambar di bawah ni ketika aku diijab kabul dengan Umi  Aku diijab kabul oleh arwah abang Aji (Abang iparku) Masa tu dia sorang kadi. Berbaju putih,  rambut panjang ialah sahabatku arwah Din yang menyertai rombonganku ke Terengganu. .... bermulanya rumah tangga aku dan umi..

Ini gambar ketika aku dan Umi mendapat cahaya mata sulung.... anakku Hamizah sekarang... Sukanya hati ada anak...
....


No comments:

Post a Comment