Tuesday, July 9, 2013

Catatan Awal Pagi Selasa, 2.30 pagi, 9 Julai, 2013.

Aku tidur awal malam tadi. Tak ingat jam berapa aku terlelap. Lebih kurang jam 12.00 tgh malam aku terjaga. Lihat kat ruang tamu ada anak yang belum tidur. Lapar terus ke ruang makan dan makan nasi . Kira macam pra sahurlah ni kerana Rabu 10 Julai akan mula berpuasa. Lepas makan menonton tv sekejap. Anak-anak yang tidur kat ruang tamu semua sudah lelap. Umi lena dalam bilik. Tak larat tengok tv, aku solat dan setelah solat... masuk bilik ke meja kerja , memasang laptop... menyemak akaun internet banking , meninjau berita online dan inilah dia sedang berkira-kira untuk menulis cerpen citra peribahasa untuk bulan Ogos 2013... cerita dah ada ... tajuknya, `Sediakan Payung Sebelum Hujan'... mudah saja tajuk peribahasa ini tapi agak susah nak melagang ceritanya..... watak budak-budak dalam cerita ni datang sekejap sekejap saja dalam mindaku.... tak apa... biarkan saja budak-budak tu... nanti saja aku sediakan dialog untuk mereka.....

Siang tadi agak sibuk tapi tidak berapa letih. Pagi aku menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang di sebuah sekolah rendah. PPD sendiri yang hadir memberi ucapan dan menyampaikan hadiah. Aku sempat bersembang sekejap dengan PPD. Kebetulan kenal agak rapat kerana beberapa kali berkunjung ke sekolahku baru-baru ini. Adalah satu dua urusan aku sendiri terlibat menyelesaikannya.... menarik suasana hari anugerah kat sekolah tadi. Kebetulan juga guru besarnya aku kenal kerana sama-sama menyertai ekspedisi ke Taman Negara Kuala Tahan pada tahun lepas. Nampak dia suka dengan kehadiranku mewakili pengetuaku. Sekolah tu kecil saja... tapi yang menarik ialah persembahan murid-muridnya... dah lama sebenarnya tak tengok persembahan budak-budak sekolah rendah kat atas pentas.... \

Mengantuk ni.... nampaknya aku terpaksa berhenti mencatat dalam ruangan ini kerana perlu istirahat. Esok kerja.... lusa Rabu cuti sambut Ramadan, Khamis kerja .... Jumaat dan Sabtu cuti semula.... titik.

No comments:

Post a Comment