Jam dalam bilik tidurku ini menunjukkan pukul 12.03 awal pagi Hari Selasa, 28 Mei 2013. Setelah beberapa hari cuti, inilah baru aku berkesempatan mencatatkan sesuatu di dalam diaryku ini. Ada babak perkara ingin kuabadikan di ruang maya ini... tapi inilah baru berkesempatan. Memang sehari dua ini masa dikhususkan untuk melayani tetamu yang menginap di rumah dan melayani keluarga adik lelakiku yang jauh balik bercuti dari Muar Johor.
Adik iparku Hasnah sekeluarga datang dati Terengganu kerana menghantar anak perempuannya Fatehah yang dapat sambung belajar di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlon. Dua malam mereka menginap dirumahku. Baru siang tadi (Isnin) mereka menghantar si Fatehah ke sana. Umi ikut sekali menemani sementara aku perlu menghantar kereta Exoraku untuk diservis kerana booking telah dibuat terlebih awal. Aku dah minta maaf kepada Ghani, suami Hasnah kerana tak dapat bersekali ke tempat pengajian itu. Nampak mereka faham. Lagipun macam biasa.. kami dah cuba berikan layanan sebaik mungkin untuk mereka. Sudah begitu kebiasaannya, setiap saudara atau rakan teman yang ke rumah akan dilayan sebaik mungkin... Adikku Zamri, Hajar dan anak-anaknya pun telah dilayang sehabis baik. Makan tengah hari Umi dan anak-anak yang masak. Nampak semua kedua-dua keluarga makan dengan berselera sekali. Alhamdulillah... rasa suka sangat dapat melayan tetamu.... tak lupa kedua-dua keluarga kami bekalkan dengan buah tangan dari Tanah Suci yang dibeli khas untuk semua adik-beradik kami semasa mengerjakan umrah bulan Mac yang lalu...
No comments:
Post a Comment