Petang semalam aku sempat ke rumah sahabat lama di Bandar Darulaman. Cikgu Shahran dulunya jiranku di hadapan rumah. Setelah berpisah dengan isteri lama berkahwin dengan isterinya sekarang. Umi ingin berjumpa dengan isteri Shahran yang kurang sihat. Aku meninjau taman di tepi banglo Shahran. Memang aku tahu dia sangat suka dengan snei taman. Namun aku tak menjangka taman di rumah barunya secantik itu. Aduh.... tenang sekali duduk di ruang santai taman Shahran itu. Kenapa aku tak hasilkan taman sebegitu di tepi rumahku sendiri? di tepian rumahku ada sedikit ruang dan aku dah bina balkoni di tingkat atas rumahku..... ruginya kerana ruang ada.... tapi tidak diusahakan.... jadi, mulai hari ini aku akan tambah azam tahun baru... BINA TAMAN DI TEPIAN RUMAH DAN BUAT DEKORASI TAMAN DI BALKONI RUMAH.....
No comments:
Post a Comment