Tuesday, October 2, 2012

KENANGAN KERJAYA

Kenangan Majlis Penutup Kejohanan Ragbi MSSK Tahun 2011


Foto ini kuabadikan untuk kenang-kenangan. Foto diambil semasa majlis penutup Kejohanan Ragbi Negeri Kedah. Sekolahku menjadi penganjur bersama ragbi peringkat negeri. Aku mewakili pengetua semasa majlis penutup. Tak kuduga PPD sendiri En. Mohamad Abdul Hamid dengan diiringi En Jamil Ishak Penyelia Kanan Sukan PPD Kota Setar datang dan sampaikan hadiah. Sekarang ni En. Mohamad sudah naik pangkat menjadi Ketua Sektor Kemanusiaan JPN Kedah. Kebetulan En Mohamad ni kukenal sejak sama-sama satu sekolah beberapa tahun yang lalu. Di sebelahku sebelah kiri Cg Radzi yang ketika tu menjadi Pen. Kanan Tingkatan 6. Waktu aku mencatat ni Cg Radzi sedang mengejakan haji di Mekah. Sedang mengacarakan majlis penutup tu Cikgu Rizal SU Sukan. Majlis berlangsung dengan jayanya......

No comments:

Post a Comment