Friday, September 21, 2012

CATATAN MALAM / PAGI JUMAAT 21 SEPTEMBER 2012

Pagi ini aku masih belum tidur lagi. Aku tidak berada di rumah sebenarnya. Aku , Umi dan Hanim berada di tempat kerja umi kerana ada program qiyamullail. Tadi Maghrib aku turut solat Maghrib, membaca surah Yaasin dan Solat Hajat bersama-sama dengan pelajar dan waris sekolah Umi. Ramai sekali waris yang hadir. Nampaknya sekarang ini waris begitu mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak. 

Aku belum mengantuk dan terus menjenguk Diary Sepanjang Jalan Kenangan ini. Teringat ada gambar-gambar berkaitan penulisan yang masih belum sempat diabadikan di dalam diary ini. Jadi dengan kesempatan masa yang terluang ini ingin kumuatkan setakat termampu beberapa gambar kenangan dalam meniti liku-liku dalam dunia penulisanku....







Ini semua adalah gambar muka hadapan buku-buku tulisanku dalam Siri Asuhan Budi terbitan Prisma Publication

No comments:

Post a Comment