Saturday, September 15, 2012

SEPAGI DI PEKAN SEHARI MANIR TERENGGANU

Pagi ini aku bersama Umi dan Hanim ke Pekan Sehari Manir. Tujuannya mencari makanan pagi terutama untuk Kak Zah. Dah lama sebenarnya tak ke Pekan Sehari Manir walaupun letaknya hanya di seberang Sungai Terengganu. Jaraknya tak sampai satu kilometer, hanya menyeberangi Jambatan Manir yang panjang tu. Mengunjungi pekan sehari ini kembali menggamit kenangan lama. Pemandangan di pekan sehari ini yang kulihat lebih kurang 24 tahun lalu rupanya masih wujud sampai hari ini.....
...








Rupanya dalam arus kemodenan hari ini masih kedapatan di suatu sudut bumi Malaysia ini tradisi lama yang masih dikekalkan iaitu perniagaan bentuk lama yang masih kekal sejak turun temurun. Masih ada sekelompok orang Melayu yang kerdil tetapi berjiwa besar! Masih sudi duduk cetok di tepi jalan dan menjual barangan dari kampung dan semuanya hasil titik peluh sendiri. Ada juga terlintas di fikiran adakah makcik dan pakcik yang gigih berniaga sebegini akan menjadi usahawan berjaya sekiranya dibimbing serta diberikan modal untuk berniaga benda-benda yang lebih komersial..... ataupun mereka ini tetap akan kembali berniaga di sini kerana sudah terbiasa.... tak dapat ku menjawabnya kerana tradisi ini masih dapat kulihat walaupun setelah kusaksikan 24 tahun yang lalu.... teruskanlah mokcik, moknik, mokde, ayohcik, ayohnik, ayohde... kalau itulah membahagiakan kamu semua. Lain kali kita bertemu lagi untuk berurusniaga...

No comments:

Post a Comment