Friday, September 14, 2012

CATATAN HUJUNG MINGGU DI TERENGGANU

Hari ini Jumaat 14.9.2012,
Aku bersama Umi dan Hanim berada di Terengganu. Cuti tiga hari akan dihabiskan di Pulau Rusa Terengganu. Ahad cuti Hari Malaysia 16 September. Kali pulang kerana menziarah kakak ipar yang sakit dan baru keluar dari Hospita, Kuala Terengganu. Sakitnya macam-macam. Namun nampaknya segar sikit setelah adiknya Umi balik menjenguk. Pagi tadi aku usahakan juga mencari sejenis makanan Terenggau iaitu koleh lemak. Keluar sorang pergi ke pasar Cabang Tiga, takda kuih tu, ke pasar Manir pun takda terus ke pasar Batu Enam baru ada. Khabarnya Kak Zah dah banyak hari tak lalu makan. Tapi bila dibelikan makanan kegemarannya tu, dia sudah berselera makan. Alhamdulillah nampaknya keadaan kesihatannya beransur baik. Itu pun tak tau lagilah kerana biasanya bila kami bertolak bali ke Kedah dia akan kembali kurang sihat. 
# Foto ini diambil  pada Hari Raya lepas di hadapan rumah pesaka  di Pulau Rusa Terengganu.

No comments:

Post a Comment