Tuesday, August 28, 2012

KARYA PENULISAN

Novel ini diterbitkan pada tahun 2010 olah Jemari Seni. Novel ini dipasarkan secara online dan boleh dipesan melalui website; Jemariseni.com. Terima kasih kepada Pn Noor Suraya (Kak Su) dan Pn Mariah kerana sudi meneliti manuskrip dan seterusnya menerbitkan novel ini. Lama tak menulis sebenarnya. Novel ini rupanya jadi `turning point' untukku menulis semula. Sejak menulis semula aku cuba mengemukakan cadangan ruangan tetap kepada beberapa editor majalah. Entah macam mana Pan Asma Saad Editor majalah Kuntum sudi memberikan ruang kepadaku. Karyaku muncul setiap bulan dalam majalah Kuntum dalam ruangan Citra Peribahasa sejak tahun 2010. Terima kasih kepada Pn Asma dan Salina atas peluang yang diberi kepadaku. Juga atas kesabaran menanti emelku setiap awal bulan. Sudah jadi kebiasaan bagiku untuk menulis menjelang dateline ! Mood untuk menulis akan hanya datang jika ada sedikit tekanan terutama ketika mengejar masa!

No comments:

Post a Comment