Saturday, April 11, 2020

Foto 2020... Gambar Profil HP

Ini gambarku yang agak terkini... yang menjadi gambar profil h/pku. Gambar ini diambil pada tahun 2019 ketika usiaku 56 tahun iaitu di pejabat baharu bekas Pengetuaku Cikgu Shabudin yang juga sahabatku ... ini ketika hari send off Cikgu Shabudin dihantar ke sekolah baharu .. SM Sains Kubang Pasu Jitra, Kedah. Sengaja aku bergambar di pejabat baharunya. Nampak kemas dan menarik pejabat ni... maklumlah pejabat Pengetua Sekolah Berasrama Penuh yang berprestij. Masih kuingat lagi... pada majlis sambutan  itu aku sebagai PK Pentadbiran sekolahku telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan penyerahan Cikgu Shabudin... dan disambut oleh PK Pentadbiran sekolah Sains itu. Kenangan pahit manis... suka duka ketika menerajui sekolah bersama Cikgu Shabudin tak mungkin kulupakan selama-lamanya. Oh ya... kini aku Penolong Pentadbiran di SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah. Sekolah ini letaknya lebih kurang 15 km daripada kediamanku di bandar Alor Setar. Ini tahun ketiga aku di sekolah baru dan InsyaAllah yang terakhir sebelum aku menamatkan perkhidmatan kerana aku akan bersara mulai 1 Oktober 2020 ini.

No comments:

Post a Comment