Hari ini 19 Ramadan 1433H bersamaan Rabu 8 Ogos 2012. Sudah banyak hari juga aku tidak menjenguk laman diaryku ini. Hari ini agak lapang. Kesibukan harian agak reda sedikit. Memang Ramadan tahun ini agak sibuk dan menyesakkan dada. Urusan di KL, kereta accident, dan macam-macam lagi. Terakhir adalah kesibukanku membantu dan menemankan umi ke sekolahnya menyiapkan persediaan umi untuk penilaian Guru Kaunseling Cemerlang DG48. Banyak minggu juga aku dan umi berkampung di sekolahnya pada hujung minggu. Akhirnya dua hari lepas umi dinilai oleh seorang nazir Kedah dan ketua nazir dari Putra Jaya. Alhamdulillah umi telah dapat menempuh ujian itu dengan jayanya. Umi memang habat dan istimewa. Umi juga bertuah kerana pengetuanya seorang yang sangat perihatin dan sangat menyokong permohonan GC umi. Dimaklumkan untuk seluruh negeri Kedah dalam ramai-ramai kaunselor yang pohon GC hanya 6 orang dinilai peringkat akhir dan umi salah seorang daripadanya. Harap-harap umi akan menyusuliku untuk DG48 dan mudah-mudahan doa aku dan umi untuk ke tanah suci akan dimakbul Ilahi.
Sehari dua ini memang sangat meletihkan. Puasa perkara biasa saja tetapi urusan-urusan seharian nampaknya sangat manghambat masa dan tenaga. Urusan kerja tidak pernah berkurang malah makin kompleks. Urusan dengan anak buah, dengan website, dengan data dan entah apa-apa lagi sangat menuntut masa dan tenaga. Apapun syukurlah setelah empat bulan lebih ketiadaan pengetua kini telah diisi. Ada ketua senang sikit hendak buat kerja terutamanya yang melibatkan keputusan penting.
Mata semakin mengantuk . Diary malam ini terpaksa bernoktah setakat ini . (Sebelum kutamatkan, ingin kucatatkan di sini bahawa mengikut statistik dalam diaryku ini, walau baru sebulan aku memulakan diary ini, pengunjungnya sudah berjumlah 151. Teruja juga hati ini kerana ada ramai juga orang yang mengunjungi laman diaryku ini. Kepada yang tersesat masuk ke laman ini, kupohon maaf jika bahasaku kurang baik dan cara menaip yang kurang baik. Diary ini adalah catatan peribadiku. Maaflah jika ada kisah dan catatanku yang berlebih-;lebih. Sebenarnya diary ini diary peribadiku. Aku mencatat apa yang dirasa dan selama ini tersimpan di hati. Ruang maya ini salah satu cara aku meluah rasa dan melepaskan sesak di hati dan minda ini... apapun.... terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke laman diaryku ini. Insan kecil di maya pada Allah ini.... .
Catatan Gambar:
Kenanganku bersama pengurusan sekolah dan wakil rakyat selepas suatu majlis untuk calon SPM dan STPM penghujung tahun 2011 bertempat di dewan sekolahku..
No comments:
Post a Comment