Friday, July 27, 2012

SELAMAT DATANG RAMADAN 1433H

Selamat Datang Ya Ramadan 1433H.
Hari ini hari ke-7 seluruh umat Islam berpuasa. Nampaknya awal Ramadan tahun ini hidupku dan keluargaku banyak diuji Allah. Memang agak besar ujian yand didatangkan Allah. Tapi aku masih ingat kata seorang ustaz... setiap ujian Allah kepada HambaNya memang sesuai dengan ketahanan iman seseorang itu. Aku yakin benar dengan kata-kata ustaz itu kerana sehingga kini aku masih mampu menghadapi ujian Allah di awal Ramadan 1433 ini. Kupohon kepada Mu ya Ilahi mudah-mudahan aku diberi ketabahan menghadapi segala ujian dan dugaan Mu.
Foto Kenangan Himpunan Keluarga Bukit Hijau 2010.
Gambar ini kuambil pada malam kami mengadakan acara makan-makan. Memang seronok malam itu.

No comments:

Post a Comment