BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM. Dengan kalam Ilahi kumulai catatan Sepanjang Jalan Kenangan ini. Hari ini Jumaat penghulu segala hari , 16 Shaaban 1433 H bersamaan 6 Julai 2012 M. Hari ini cuti hujung minggu di Kedah Darul Aman. Isteriku (Umi Hasiah) tiada di rumah kerana berkursus di Hotel Seri Malaysia, Perlis Indera Kayangan. Banyak kerja perlu dibuat hari ini walaupun hari cuti. Jam 8 pagi perlu hantar Hanim ke pusat tuisyen di Jalan Lencong Barat. Kena singgah sekejap di Pasar Besar Alor Setar untuk beli lauk basah. Hanis akan masak macam biasa. Kebetulan Hanis cuti semester USM. Hazman macam biasa juga akan pergi kerja sementara di Istafa Jalan Pegawai. 6.30 petang baru dia balik rumah. Okay lah juga kerjanya tu sementara tunggu nak dapat panggilan universiti . Dia baru selesai matrikulasi di Pendang. Hamizi baru balik bercuti dari Latihan Industri di KL. Hari Selasa nanti balik semula ke sana. Pengajiannya di Unimap ada lagi setahun. Harap-harap LInya dapat memberi banyak pengalaman sebagai persediaan nak jadi businessman. Hamizah ikut suaminya Fauzi balik ke rumah mentuanya di Gajah Putih Jeniang. Bawa sekali cucu kesayangan aku dan Uminya. Itulah dia Ariesya Nabila si kecil molek yang mudah tersenyum tu.
Nak kena berhenti mencatat ni. Ada kerja perlu di buat di hadapan rumah. Kerja-kerja bertukang dan menambah aksesori dalam rumah belum siap lagi. Petang semalam Hamizi dan Farhan bantu taklah letih sangat. Hari ni belum tahu lagilah. Lepas hantar Hanim tuisyen UPSRnya tu ingat nak pasang bracket gutter pada awning kat tepi rumah tu. Itu pun tengok keadaan masa juga. Walau cuti, jadual penuh! Siap buat senarai lagi. Isyy letihnya bila tengok senarai harian. Kebelakangan ni dah kena buat senarai harian untuk diselesaikan , kalau tidak banyak perkara terlepas pandang. Berhenti di sini pada jam 8.03 pagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment