Friday, July 13, 2012

CATATAN HUJUNG MINGGU

Hari ini Jumaat 13 Julai 2012 .... Seperti hujung minggu yang lain aku bersama Umi keluar ke bandar menghantar Hanim ke pusat tuisyen berhampiran pasar besar Alor Setar. Ini baru berkesempatan menghadap l top ni. Aku berada di ruang tamu. Umi sedang terlelap atas kerusi malas. Cucuku Ariesya Nabila sedang lena ditangguk buaian elektrik. 
Hari ini agak bersemangat untuk kembali  mencatat di dalam diary ini. Dah lama sebenarnya teringin untuk membina kembali diary ini. Mudah-mudahan dengan sedikit ruang dan waktu yang ada aku berupaya mencatatkan kembali peristiwa dan kenangan sepanjang jalan kehidupanku ini. 




No comments:

Post a Comment