Pagi ini jam di ruang tamu rumahku menunjukkan 9 pagi lebih. Aku berada di ruang tamu rumahku. Pagi ini ruang tamu agak kurang kemas. Penuh dengan barang-barang yang di bawa turun dari mpv. Awal pagi tadi aku sampai dari Terengganu ... dalam lebih kurang jam 2.00 pagi macam tu. Aku, Umi , Man dan Hanim bertolak lebih kurang jam 6.40 petang dari Pulau Rusa . Aku memandu dari KT sampai ke Pasir Putih. Perjalanan masa tu agak tersekat-sekat kerana banyak kenderaan berkonvoi. Man ambil alih dan aku melelapkan mata sekejap sampailah ke Petronas Jeli. Solat Maghrib dan Isyak di surau stesen minyak itu. Kami singgah lama di situ ... makan pun tidak kerana umi masih kurang sihat. Kusyen kereta sengaja direbahkan dan umi serta hanim tidur saja sepanjang perjalanan. Aku memandu pula bermula dari Petronas Jeli... sepanjang jalan atas bukit sampailah masuk sempadan Perak.... Kedah... dan berhenti di Kuala Ketil. Dah tak tertahan keletihan dan serahkan stering kepada Man. Terus Man driving sampaui ke rumah lebih kurang jam 2.00 pagi. Umi masak nasi dan panaskan lauk kenduri rumah adik iparku Sah dan Saad. Berselera juga kami berdua makan kerana lapar. Rehat sekejap dan terus tidur. Aku terjaga pagi tadi sudah subuh gajah tapi tetap bersolat juga serta kejutkan orang lain untuk solat juga. Pasang laptop dan explore beberapa laman berita. Di Terengganu tak sempat nak ambil tahu hal-hal semasa kerana jadual penuh. Bermula dengan majlis akad nikah anak saudaraku di Perumahan Binjai Rendah Marang. Hari Jumaat lepas aku hantar Umi dan Hanim ke rumah Sah di Alor Limbat dan aku bawa Man meninjau ke Taman Tamadun Islam (TTI) untuk tinjau Masjid Kristal. Sengaja aku bawa Man ke sana kerana dia belum pernah ke sana. Saja nak luaskan pandangan dia dengan senibina yang unik kat situ. Man ambil grafik dan design di USM... mungkin design seni bina yang ada kat taman tu dapat berikan idea kepada dia . Tapi aku rasa Man tak sedar mengapa aku sengaja aku bawa dia ke situ. Tak sempat nak bawa Man ke Muzium Losong kerana kesuntukan waktu nak solat Jumaat.
Kenduri di sebelah perempuan iaitu besan Sah dan Saad di Binjai Rendah agak meriah. Tambah lebih meriah ialah rombongan sebelah kami iaitu pihak anak saudaraku Safiq agak ramai ... agak2 dalam 30 kereta lebih melibatkan lebih 100 orang ahli rombongan. Tapi aku tertarik dengan sifat tenang bapa pengantin perempuan iaiatu Pakcik Awang. Dia menyambut kami dengan ramah dan bersahaja. Tak kisah pun ramai tetamu dan makanan cukup saja. Ini ilmu yang aku dapat.... sifat tenang dan doa .... pasti semua perkara dipermudahkan olah Allah. Kemarin Sabtu kenduri di rumah Saad dan Sah. Kami adik beradik dan saudara mara hampir semua datang membantu. Semua berjalan lancarm berkat muafakat semua. Tuan rumah rileks saja... Jam 5 ptg kami minta diri sebab nak balik ke Kedah.
Hari ini aku akan balik ke kampung mak ayah kerana mak bagitau nak adakan sedikit kenduri. Aku pun tak tanya kenduri apa... ni sekejap lagi nak balik kampung. Sebenarnya banyak gambar nak di upload ke dalam diary ini tapi belum sempat lagi..... tunggu masa terluang.
TERPENTING.... belakangan ini aku rasa agak kurang sihat. Terutama sekali sakit sebelah kiri dada. Tak pasti apa sebabnya... agaknya masalah jantung ... tak pasti sebab belum ada masa untuk pergi buat pemeriksaan. Nanti bila lapang jugalah nampaknya.... bukan itu yang terpenting tu.... sebenarnya aku ada menetapkan pendirian untuk kembali aktif menulis..... janjiku pada diri.... akan kembali menulis semulah kerana minat menulis ini sudah mendarah daging. Tak ada istilah `gantung pen ' bagi seseorang yang berjiwa penulis.... selagi terdaya seorang penulis perlu terus menulis. Pokok pangkalnya disiplin.... setelah direnungkan.... aku tidak boleh menjadikan kesibukan tugas da urusan keluarga sebagai penghalang untukku menulis. Paling penting dengan sentiasa berfikir dan menulis... mindaku akan terus bekerja dan bila diterbitkan biar dalam apa bentuk sekalipun... dapat dibaca orang.... mudah-mudahan akan dapat realisasikan....
No comments:
Post a Comment