Tuesday, November 12, 2013

Tulisan Pagi Selasa 12 November 2013

Jam di dinding ruang tamu rumahku menunjukkan jam 4.00 pagi tepat ketika aku mula menaip di laptop acer aspire 4730z ini. Aku terjaga awal pagi ini . Malam tadi terlena awal kerana sebelah siang semalam sangat sibuk dan meletihkan. Banyak kerja-kerja akhir tahun perlu disiapkan. Pagi bermesyuarat pengurusan. Selepas itu aku menguruskan beberapa hal hal di bilik. Jumpa orang itu dan ini. Orang itu dan ini datang jumpa... dan macam-macam lagi. Sekadar mengabadikan beberapa nama yang aku berurusan semalam.... Hj Turin, Pn Che Rokiah, Fisol, Ahmad, Jeffri, Jamilah, Sarah, Mardziah, Ghazali, Chan Chin Keong, Law Yong Hoe, Rani, Bariza, Othman, Salleh, Sarimah, Radzi, Rohani, Hasmah, Hazlina, Ruzaidah, Jazmina, Ali, Suhaily, Zamila, Saudah, Saw Phuay Sim, Teh Bee Keat, Zuriati, ..... ramainya dalam satu hari orang-orang yang kutemui dan santuni.... Alhamdulillah rasanya.... semua warga sekolahku baik denganku. Tak ada seorangpun bermasam muka denganku. Hal orang suka atau tidak denganku itu aku tak berapa pastilah... maklumlah manusia rambut sama hitam hati lain-lain....

Pagi ini lepas solat Isyak, aku solat Tahajud, Taubat dan Hajat... lepas tu baca surah Yaasin. Alhamdulillah hati rasa tenang dan kini aku se3dang menaip di meja kat sudut hadapan sebelah kiri ruang tamu rumahku. Di rumahku malam ini hanya ada aku, Umi dan Hanim. Hamizah di Kem Kelubi Bandar Darul Aman, Hanis kat Perai Pulau Pinang, Hazman kat USM, Hamizi kat Kuala Terengganu.... inilah dia kehidupanku sekarang... dan aku sendiri sibuk sentiasa. Pagi ini bangun awal sebab banyak kerja perlu disiapkan. Tinggal 3 hari lagi sekolah. Dalam sehari dua ini banyak kerja-kerja hujung tahun perlu diselesaikan. Banyak persiapan dan perancangan perlu dibuat untuk tahun hadapan.... Pengetuaku pula sangat advance orangnya. Namun setakat ini aku masih boleh bekerja seiring dengan pengetua. Pun begitu aku sendiri tidak berapa pasti adakah aku akan kekal di sekolah sekarang. Hujung-hujung tahun begini banyak reshaffle berlaku. Apapun aku serahkan semuanya kepada Allah. Semua yang telah berlaku dan akan berlaku sudah ditentukan oleh Ilahi. Sebagai manusia aku hanya mampu bertawakkal di samping berdoa....

Sementara ada lagi sedikit waktu... kuabadikan beberapa gambar terbaharuku di sekolah
Ini gambar semua guru sekolahku yang diambil minggu lepas untuk majalah sekolah. Kebetulan majalah sekolah juga berada dibawah seliaanku.... guru majalah sekolahku ialah Cikgu Abdul Hadi Hashim bersongkok hitam barisan belakang sekali. Dia ni pengarang buku2 kerja bahasa Melayu SPM terbitan Sasbadi. Aku di barisan hadapan duduk empat dari kanan.
Guru-guru Jabatan Bahasa

Guru-guru Jabatan Kamanusiaan

Jabatan Sains dan Matematik

Jabatan Teknik dan Vokasional

No comments:

Post a Comment