Wednesday, November 20, 2013

FOTO-FOTO KENANGAN

Foto ini kuambil ketika di atas pesawat Lion Air ketika penerbangan aku dan umi ke Jakarta dan Bandung.
Ini ketika pesawat yang aku dan umi naiki hampir mendarat di Jakarta. Kelihatan kota raya metropolitan Jakarta sesak dengan bangunan....

Hari Raya Aidil Fitri 2013 di rumah mak di Kampung Bendang Petani. Sukanya hati mak bila anak menantu , cucu dan cicit pulang beraya di kampung....
Anak bongsuku Hanim melayan abahnya menjamah hidangan pagi raya di rumah neneknya di kampung. ...
Kenangan raya 2013 di rumah kakak iparku Kak Sah di Sungai Rengas Kuala Terengganu....
Kenangan ketika beraya di rumah abang iparku Abg Ali di Merbau Patah Kuala Terengganu.
Aku di atas Star Cruise untuk kali kedua... Di bahagian belakang ialah Seberang Perai. Angin Selat Melakau bertiap sangan kencang ketika berada di tingkat 7 kapal persiaran ini.
Bersama umi di atas Star Cruise...
Laluan ke bilik kami menginap di atas Star Cruise. Sangat mewah suasana atas kapal ini. Kami berempat iaitu aku, Umi, Man dan Jie bermalam di atas kapal secara percuma kerana ditanggung penuh termasuk makan malam dan sarapan bertaraf hotel . Semuanya ditanggung oleh sebuah kelab ngo yang kami sertai. Jika ikut harga biasa untuk seorang kos menginap samalaman di atas cruise ini ialah RM1250.00....

Pemandangan di bahagian paling atas kapal iaitu tingkat 7... ini pada waktu pagi selepas sarapan...

No comments:

Post a Comment