Hari ini memang aku ambil peluang untuk berehat setelah sejak sebulan dua ini mental dan fizikal begitu letih menangani pelbagai perkara. Sememangnya diary kehidupanku kebelakangan ini dipenuhi kesibukan yang menuntut banyak kesabaranku. Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menghadapinya. ... Siapalah diriku untuk menghadapi ujian Allah jika tidak dengan bantuanNya......
Pagi tadi aku bangun awal.... solat Subuh . 6.30 terus memandu Myvi ke Jalan Sultanah dan membeli makanan pagi di warung berhadapan dengan Bank Islam. Ada nasi kerabu, nasi lemak lauk bilis telur, kuih dan roti canai. Kebetulan ada tetamu di rumah... beli lebih sikit. Sampai di rumah bermain dan melayan cucu dan anak saudaraku dari Terengganu... riuh rendah dan berseri ruang tamu rumahku bila ada ramai budak-budak.
8.30 Man dan kawannya dari Tokai ambil Myvi untuk menziarah kematian ibu kawan sama matrikulasinya dulu... Aku hulurkan sedikit wang untuk minyak kereta. Dalam jam 9.00 pagi anak saudaraku Muslim minta diri untuk menghadiri peperiksaan akhirnya dalam program Master Qiraati di KUIN. Lepas itu aku bawa Umi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk temujanjinya di bahagian pembedahan. Hari ini orang tak ramai tapi sejam juga kami di sana. Lepas tu terus ke bandaraya untuk urusan baharui cukai jalan keretan......tapi hanya sempat buat urusan insurans saja.... selesai balik ke rumah..... tidur sekejap sebelum ke Masjid Tanjung Bendahara solat Jumaat.
No comments:
Post a Comment