Hari ini Sabtu 2 November 2013 adalah hari cuti Deepavali. Aku punya sedikit kelapangan setelah sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Pagi ini kami tinggal berempat di rumah. Setakat kelmarin / semalam hanya kami bertiga ... aku Umi dan Hanim. Melam tadi jam 10.00 malam Hazman baru sampai dari USM kerana bercuti seminggu. Kelmarin dulu Hamizah dan anak-anaknya balik ke Kem Kelubi Bandar Darulaman setelah sebulan lebih berada di rumahku. Hanis di Perai Pulau Pinang kerana padat dengan jadual kerjanya. Hamizi sudah kembali ke Terengganu kerana membantu sepupunya mengendalikan cyber cafe di Bukit Payung. Umi hari ini last day cutinya setelah bercuti panjang kerana menjalani pembedahan. Tempat pembedahannya masih belum beransur baik walaupun belum pulih sepenuhnya.....
Dan aku.... hari inilah baru ada sedikit kelapangan untuk menulis dalam diary ini. Apapun kesempatan cuti hari ini akan kugunakan untuk mencatatkan beberapa perkara sebagai rekod peribadi.... untuk seketika ini aku perlu berhenti di sini kerana perlu keluar bersarapan pagi....
No comments:
Post a Comment