Hari ini 5 Jun 2013... memang aku kurang sihat. Iyalah....sejak pulang dari Bandung beberapa hari lepas aku terus demam dan batuk-batuk. Tak pasti apa puncanya. Pasal berjalan jauh agaknya. Terima ajalah sakit ni. Anggap sahaja lumrah hidup . Tulah dia.... dalam sakitsakit pun sebelah pagi tadi ke tempat kerja sekejap kerana ada urusan. Balik terus menghantar Hanim dan Hazman balik ke USM. Masa pergi Hazman yang memandu .... aku tidur sepanjang perjalanan. Sedar-sedar dah sampai kat tengah bandaraya Georgetown. Sengaja tak ke USM terus kerana Umi nak ke Bukit Bendera. Nak naik keretapi . Kenbetulan yang lain-lain pun belum pernah sampai. Aku dah pernah pergi tapi dah lama. Kalau tak silap masa tu waktu aku belajar kat USM. Tak berapa ingat dah. Adalah pembaharuan seban trainnya dah moden, Kat atas bukit pun dah ada tempat makan...kira dah menariklah Bukit Bendera sekarang ni. Ada gambar kuambil . (Nanti lapang akan kumasukkan kat bawah catatan ini. ). Waktu balik singgah solat Asar kat Hentian Gurun. Sempat juga makan nasi ayam kat situ yang sedap tu. Sampai kat Alor Setar, singgah kat Pekan Simpang Kuala membeli Roti Seri kegemaran keluargaku. Sampai kat rumah hampir Maghrib. Solat... tengok berita.... Bersembang kejap dengan umi... ada berita Kak Zah masuk hospital semula kat Kuala Terengganu. Jadi besar kemungkinan kami akan ke Kuala Terengganu pula. Buka laptop sekejap tadi sebab ada sms Hamizi minta wang . Dia tengah sibuk dgn final exam dia kat Unimap. Exam engineering ni rupanya pelik sikit sebab selang seli dengan amali. Sama juga dengan Hanis final exam yang bertulisnya tak banyak tapi tes kat lab. Entah aku tak berapa faham. Maklumlah ku ni otak sastera jee... kena banyak membaca dan menjawab exam pun berjela-jela panjangnnya. Tulah tadi.... masukkan wang kpd Hamizi pakai internet banking. Dah pandai dah, itupun anak-anak yang ajar....Takyah nak pergi bank lagidah tapi tulah dia..... mudah ja duit berkurang dalam akaun........ Nak kena berhenti dulu untuk catatan ini . Sekejap tadi buka emel, kuntum dan minta manuskrip cerpen Citra Peribahasa bulan Julai. Issyy cepatlah pula editor minta ni.... biasanya 10 hb, ini nak kena hantar sebelum 7 hb. Peribahasa tak pilih lagi.... tapi macam biasa la.... Cikgu Zan dah biasa kerja dalam tekanan..... stop di sini.
No comments:
Post a Comment