Friday, June 21, 2013

HARI JUMAAT YANG PRODUKTIF...

Malam ini Jumaat 21 Jun 2013 lebih kurang jam 8.45 malam.... aku berada di tingkat atas rumahku. Ingin kucatatkan dalam diary ini apa yang berlaku dalam seharian hidupku. Suatu hari nanti bila kubaca kembali catatan ini, akan ada kenangannya bagiku. Sebelah bagi tadi selepas sarapan, aku memembaiki paip yang rosak di balkoni, dapur dan bilik air keempat rumahku. Kerosakannya sikit saja tapi kebetulan lapang, aku selesaikan sekalilah. Kemudian ke bahagian tepi rumahku. Ada beberapa pasu pokok bunga kertas yang perlu di trim. Aku letakkan pasu-pasu tu semua di penjuru bahagian tepi rumah. Bahagian tepi rumah tu masih kurang kemas. Gutter kat awning tepi rumah memang masih bocor kalau hujan lebat. Hari tu masa pasang gutter tu dengan Hamizi dan Hazman, kurang kemas pemasangannya. Nak kena tunggu lapang lain harilah baru boleh dibaiki. Lepas tu buka dan angkat meja dan kerusi kat tingkat bawah bawa naik ke ruang tamu tingkat atas. Jadinya sekarang kami sudah ada ruang kerja yang baharu di tingkat atas. Pemandangan pun luas, tingkap keliling, kipas dan aircond pun ada. Sungguh senang hatiku bila ada ruang baru ni. 
Ini dia ruang kerjaku yang baru siap dengan coffee corner. Kat leptopku itu kelihatan laman blogspot untukku update diaryku ini. Tuala tu tersangkut di kerusi kerana sebelum catatan ini disudahkan, aku baru lepas mandi di balkoni di sebelah kiri ruang tamu / kerja ni. Rasanya selepas ini bila anak-anak semua dah ada di rumah, kami akan banyak `bersidang' di ruang ini.....

No comments:

Post a Comment