Ingin kuabadikan gambar beberapa barang yang kubawa pulang ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.
1. Wang kertas Saudi - setelah berbelanja di Mekah dan Jeddah... bakinya 2 rial.
2. Boarding Pass- Penang / Jeddah
3. Panadol versi Saudi Arabia- kubeli di sebuah farmasi berhampiran Masjidil Haram kerana demam.
4. 7 permata nilam dan zamrud- kubeli di Madinah dan Mekah. Inilah 2 jenis permata kesukaanku ingin
kujadikan cincin selepas ini.
5. Sim Card Zain. Sim card ini dibeli di Madinah bernilai 30 rial. Lebih jimat guna sim card di Saudi
berbanding buat roaming.
#Inilah dia barang-barang kenanganku ketika di 2 Tanah Suci sepanjang mengerjakan Umrah 2013.
No comments:
Post a Comment