Hari ni pastinya hari yang sibuk. Tak mengapa kalau hari ni aku sibuk di tempat kerja supaya hujung minggu ni ada masa terluang untukku selesaikan beberapa kerja di sekitar kawasan rumahku. Senarainya dah ada cuma tunggu masa sahaja. Petang semalam dan awal malam tadi aku berada di kampung. Seronok juga bersama mak ayah, adik-adik dan keluarga masing-masing. Adikku Zamri dan isterinya Hajar serta anak-anak akan balik semula ke Muar awal pagi ni. Kudoakan selamat selamat sampai ke Johor. Petang semalam waktu aku hendak solat di surau hadapan rumah ayah, aku terjumpa dengan 2 orang anak muda dari kampung sebelah. Mereka sedang online di tepi surau menggunakan wifi kampung tanpa wayar yang dipasang berhempiran surau. Liputannya sekitar 100 meter dari pemancar. Bersembang panjang dengan dua orang anak muda ini. Kesiannya melihat salah seorang anak muda tu kalau tak silap namanya Mohd Shahnim. Usianya 25 tahun. Katanya dulu bekas anak muridku di sekolah lama. Kesian sebab nampaknya dia keciciran dalam pelajaran hinggakan SPM pun tak sempat nak ambil. Nampak dalam perbualan kami dia kesal kerana tercicir dalam pelajaran. Itulah dia... nasib orang. Aku dapat menelah dalam fikiran anak muda ini.... kalaulau jarum jam dapat diputar semula....... Tak mengapa Shahnim.... usah dipandang lagi ke belakang. Pandang ke hadapan kerana dunia masih luas. Kamu anak muda yang penuh bertenaga. Terokailah bidang pekerjaan yang terbuka luas. Kamu celik teknologi dan it... walaupun berada jaun nun di kampung. Banyak informasi dalam internet. Terokalah bidang-bidang baharu.... cikgu bagi contoh... pertanian... industri kecil... makanan..... kesihatan.... dam macam-macam lagi. Berhijrah... keluar dari kampung pun ok.... tengok tempat orang dan timba pengalaman hidup... dunia luas di luar sana. Aku harap anak muda itu dapat membaca tulisan ini kerana aku sempat memberinya alamat blog diaryku ini. Kepada sorang lagi anak muda... Mohd Azri...kamu baharu di tingkatan 4... tumpukan kepada pelajaran kerana pelajaran penentu masa hadapan kamu. Usah berfikir yang negatif. Orang lain dalam keluarga kurang berjaya bukan bermakna kamu tak boleh berjaya. Cikgu nak lihat suatu hari nanti kamu datang jumpa cikgu dalam keadaan kamu sudah berjaya dalam pelajaran dan hidup. Cikgu dah ceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah hidup cikgu waktu berjuang untuk berjaya dahulu.... susah payah... pahit getir.... dengan izin Allah kiranya cikgu berjaya jugaklah dalam hidup.....
No comments:
Post a Comment