Waktu aku mula mencatat dalam post ini jam dinding di ruang tamu rumahku menunjukkan pekul 1.07 tengah hari. Pagi tadi aku , umi dan hanim pergi sarapan di Pasar Besar Alor Setar. Makan nasi putih lauk ikan jeket je.. itu saja yang selera pun. Dah tua-tua begini, makan pun dah tak cerewet lagi dah. Apa yang ada saja dah memadai. Balik ke rumah terus ke meja tulis kat ruang tamu ni. Menyiapkan beberapa kerja sekolah. Produktif juga pagi ni. Sekejap lagi nak kena berhenti kerana nak memenuhi jemputan kenduri di Jitra. Lepas tu nak singgah jap mengambil cucu di KemTUDM Kelubi Bandar Darulaman. Menantu nak ke Subang ada urusan kerja seminggu. Tok Umi (umi hasiah) nak ambil cucu bawa balik rumah. Lepas kenduri nak jenguk orang tua di kampung kejap. Rambutan pun tengah masak, bolehlah bersantai di bawah pokok rambutan kat kampung petang ni. Aku berhenti di sini kerana azan zohor sudah berkumandang .
No comments:
Post a Comment