Friday, August 31, 2012

CATATAN PADA HARI KEMERDEKAAN KE-55 2012,


Hari ini Jumaat 31 Ogos 2012, cuti sempena kemerdekaan Malaysia. Pagi tadi aku bangun awal dan pergi berkereta seorang diri ke tengah bandar Alor Setar untuk membeli juadah sarapan. Selain cuti, sarapan juga untuk anak saudaraku Mohd Muslim dan isterinya Jie yang baru sampai jam 12.30 malam tadi dari Kuala Terengganu. Mereka berdua sebulan sekali akan datang menginap dirumahku kerana sedang belajar peringkat Sarjana di Insanaiah. Gigih betul dua orang ustaz dan ustazah ini. Sanggup tinggal anak-anak dan driving beratus kilometer demi menuntut ilmu. Muslim ni ustaz J-QAF sekolah rendah. Lepasan Maahad Tahfiz dan Ijazah Qiraat dari Al-Azhar. Jie pun guru J-QAF juga lepasan IPTA dalam negeri.
Sepanjang pagi aku mengadap laptop kerana menelaah suatu ilmu baru. Teruja sangat dengan bidang baru ini. Setelah menguasai bidang ini nanti sahaja akan kucatatkan tentang ilmu ini. Sesekali keluar ke ruang tamu menonton siaran langsung perbarisan kemerdekaan. Mengacah-acah cucuku yang semakin montel.Sya sedang belajar nak merangkak. Umi dan anak-anak sedang sibuk mengemas barang Hazman yang akan mendaftar di USM esok hari. Bermulalah kehidupannya sebagai mahasiswa di USM nanti. Esok pagi-pagi kami akan ke USM untuk daftar Man. Cadang waktu balik nak singgah di rumah adikku Liza di Alma. Petang kalau sempat hendak ke majlis walimatulurus di rumah salah seorang guru sekolahku. Tak sempat makan pun takpa. Sekadar meraikan. Kuberhenti di sini kerana urusan solat Jumaat.
#Gambar ini semasa sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahku semalam. Memang meriah. Sambutan tahun ini bersama Puan Pengetua yang baharu Puan Ramlah Mohd Hussain. Tahun ini sambutan diuruskan oleh Unit HEM pula. Okaylah juga sambutan tahun ini. Aku yang cadangkan dijemput penceramah jemputan iaitu Prof Madya Dr Mohd Isa Othman, Timbalan Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Beliau memakai baju kelabu sebelah Puan Pengetua. Ceramahnya memang menarik walaupun pendek.

No comments:

Post a Comment