Saturday, February 9, 2013

Catatan Malam Di Hotel Seri Malaysia K. Terengganu

Bahagian 1
Ketika aku menulis catatan diary ini aku berada di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Hari ini Jumaat 9.2.2013. hari pertama daripada 9 hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Aku dan famili menginap di hotel ini kerana nak dekat dengan Horpital Nur Zahirah Kuala Terengganu . Sebenarnya kakak iparku Azizah sedang terlantar sakit di hospital itu. Sakitnya agak complicated sebab macam-macam jenis dan banyak pula jenis rawatannya. Kesian aku tengok kakak iparku itu. Waktu malam perlu dijaga 2 orang kerana dia dah tak boleh bangun sendiri. Waktu aku melawatnya petang tadi, kawan dihujung katilnya baru sahaja meninggal. Sedih bila tengok barang-barang peninggalan si mati yang masih belum dipungut oleh waris. Aku sempat melihat pada catatan berhampiran katil si mati. Namanya Wook bt. Abdullah , umur 93 tahun, sudah 16 hari masuk hospital dan hari ini berakhir penderitaannya. Sakit asma katanya... menurut adik iparku Hasnah yang menunggu kak Zah, waktu dia meninggal tak ada sorang waris pun di sisinya. Sebelum ni ada juga sorang anaknya menunggu tapi beberapa hari yang lalu anak perempuannya itu pula dimasukkan ke wad di tingkat bawah. Sedihnya kisah Makcik Wook. Menurut Hasnah, sebelum meninggal dia minta nak minum susu kotak. Ada sukarelawan berikan susu kotak. Aku mencari-cari kotak susu berkenaan. Memang ada kat tempat simpan barang katilnya. Ada kurakamkan gambar kotak susu berkenaan bersama-sama inihaler ubat asma Makcik Wook. Susunya masih berbaki separuh. Alhamdulillah sempat juga arwah minum susu tu... kisah makcik ni sungguh menyentuh hatiku.... dan aku rasa Kak Zah lebih bertuah kerana walaupun dia tidak berkahwin disisinya sentiasa ada 2 orang saudara atau anak saudara menunggunya dan akan melayannya ketika sedang terlantar di hospital. Aku , umi dan anak-anak pulang khas dari Kedah untuk menjaga Kak Zah. Hanis dan Hazman yang sedang bercuti universiti telah kami hantar balik awal seminggu untuk menjaga Kak Zah di hospital. Apa jadi pun pada Kak Zah aku dan Umi sudah rasa puas hati kerana dapat berbakti kepada Kak Zah. Bukan apa... Kak Zah ni sangat baik hati. Kalau kami balik bercuti kat Terengganu dialah yang paling sibuk menguruskan makan minum kami sekeluarga. Kini Kak Zah terlantar sakit. Aku berdoa mudah-mudahan Kak Zah akan cepat sembuh......amin.
Catatan Gambar (gambar ini aku masukkan kemudian waktu update...)
Inilah gambar yang sempat aku ambil iaitu barang-barang peninggalan arwah Makcik Wook bt. Abdullah beberapa jam selepas dia meninggal dunia. Maknanya waris arwah tak ada yang datang memungut barang-barangnya. Aku juga sempat memeriksa kotak susu perisa strawberi di atas locker itu. Tinggal separuh saja susu di dalamnya. Mungkin itulah hidangan terakhir arwah sebelum dijemput pergi ke alam seterusnya.  Selamat jalan Makcik Wook. Alfatihah....

Bahagian 2
Pagi tadi suasana agak kritikal bagiku. Bukan apa... selain dari urusan Kak Zah yang sedang sakit di hospital. Aku sendiri bergelut dengan satu tugasan yang perlu diselesaikan. Bukanlah teruk sangat tugasan tu.... cuma perlu siapkan cerpen untuk Citra Peribahasa Kuntum Bulan Mac 2013. Editor Kuntum minta dipercepatkan emel manuskrip kerana editorial akan bercuti sempena Tahun Baru Cina. Kenalah aku bergelut dengan kesuntukan waktu. Itulah antara sebab aku tempah hotel ini. Selain dekat dengan hospital, anak-anak pun selesa tidur dalam aicond. Aku... memang dah biasa menulis dalam suasana terdesak. Fikiran dan emosi akan bertingkah dengan rancak jika menulis dalam suasana terdesak. Dalam masa 2 jam cerpen siap dan terus send kepada editor. Tajuk peribahasa bulan Mac 2013: `Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni'.Ha ha ha Cikgu Zan.... memang dah biasa macam ni. Kalut.... tapi beres....

Gambar 1- Nelayan Pulang
Ini adalah pemandangan melalui luar jendela tingkat 2 Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu tempat aku dan famili menginap. Gambar pertama di kuala Sungai Terengganu. Sebuah bot nelayan sedang menuju ke pangkalan setelah pulang dari menangkap ikan. Mudah-mudahan nelayan dalam bot itu sarat dengan rezeki tangkapan yang dibawa pulang. Di belakang latar belakang itu ada pulau buatan di kuala sungai. Aku tak pasti mengapa pulau itu dibiarkan begitu  tanpa dibangunkan. Pulau itu kelihatannya sangat strategik jika dikomersialkan. Gambar kedua pula jeti polis maritim daan di kejauhan sana Jambatan Sultan Mahmud yang suatu masa dulu heboh pasal penghapusan kutipan tol. Jambatan tu dari pinggiran Bandaraya Kuala Terengganu melalui Pulau Duyong dan jalan selepas itu menuju ke Pekan Batu Enam. Gambar ketiga pula pemandangan sebelah kanan menunjukkan dataran tebus guna yang menghubungkan Hotel Seri Malaysia ini melalui Pekan Cina dan terus ke Pasar Payang yang terkenal tu iaitu laluan tepi sungai / pantai. Kebetulan kelihatan banyak lampu hiasan sempena Tahun Baru Cina. Hari ini 9.2.2013 (Sabtu) dan esok Ahad 10.2.2013 adalah sambutan Tahun Baru Cina ... tahun ular air. Malam tadi ketika pulang dari hospital kami melalui laluan itu dan Pekan Cina meriah dengan berbagai acara pra sambutan Tahun Baru Cina yang sangat meriah sekali. Ramai pelancong berkunjung dan mengambil peluang untuk bergambar. Suasana sungguh meriah, cantik dan berwarna-warni. Macam-macam kaun ada kat situ. Nampaknya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hidup penuh perpaduan... harmoni... saling menghormati. Orang politik saja yang buat heboh ... hatiku sangat senang dan gembira melihat suasana sebegini. Apa nak membezakan sesama manusia hanya kerana berbeza agama, bangsa, bahasa dan warna kulit. Manusia sama sahaja. Semuanya berasal dari pasangan Adam dan Hawa. Manusia semua berasal dari mereka berdua.... apa nak kecoh-kecoh. kepelbagaian budaya itulah sebenarnya kekuatan kita sebagai anak Malaysia....

1 comment:

  1. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete