Friday, August 17, 2012

CATATAN PENGHUJUNG RAMADAN 1433H

Hari ini aku dan keluarga berada di Kuala Terengganu. Pagi tadi lebih kurang jam 7.30 pagi kami sampai di rumah pesaka arwah ayahanda Musa dan arwah bonda Hajah Timah. Bertolak malam tadi lebih kurang jam 9.30 malam dari Alor Setar. Malam tadi aku memandu ok ja... steady je drive sepanjang perbukitan jalanraya timur barat. Bergilir dengan anakanda Hazman. Aku masih tak benarkan umi memandu kerana dia nampaknya masih belum bersedia memandu setelah kemalangan sehari sebelum Ramadan. Ke tempat kerja pun memang kuhantar dan ambil setiap hari. Sebuah lagi kereta dipandu oleh Hamizi dan menantuku Fauzi. Lebih kurang jam 4.40 kami singgah bersahur di  sebuah wakaf berhampiran Setiu. Lepas tu singgah solat subuh di rumah adik iparku di Pantai Merang. Lepas tu baru ke Kuala Terengganu. Sepanjang hari aku berehat saja. Rupanya dah tua-tua begini terasa amat letih kalau memandu jarak jauh. Namun sedar tak sedar sudah 25 tahun aku berulang alik dari Alor Setar ke Kuala Terengganu. Tengahari aku bersolat Jumaat di Masjid Kuala Bekah. Memang khutbah hari ini sungguh istimewa kerana disampaikan oleh Ustaz  Dato' Zawawi Yusoh yang terkenal tu. Selalu saksikan beliau dalam tv dan baca tulisannya dalam akhbar dan majalah. Rupanya dia orang Kuala Bekah, iaitu bersebelahan dengan kampung umi iaitu Kampung Pulau Rusa. Nama Kampung Pulau Rusa kerap kuabadikan dalam karya cerpen dan novelku. Petang tadi kami berkumpul di Sungai Rengas berbuka puasa di rumah Kak Esah kakak iparku. Ramai juga kami berbuka bersama. Meriah dengan dentuman mercun  bila anak-anak buahku bermain mercun dan bunga api. Malam ini aku tak berterawih kerana menemani umi ke rumah kakak iparku Kak Maimun di Kampung Merbau Patah untuk baiki baju raya umi. Sambil menanti urusan baju siap, aku terlena di atas sofa. Dikejutkan oleh hidangan kopi o aleh anak saudaraku . Selesai urusan, aku memandu pulang . Dah sampai kat rumah takda siapa hanya kakak iparku Kak Zah dan anak saudaraku Abdul Hadi. Anak-anak semua ke bandar Kuala Terengganu , melihat kemeriahan pesta jualan di Medan Shahbandar dan TTC. Biarkan sajalah ... mereka semua orang muda..... aku dan umi dah tak begitu larat nak berjalan macam dulu dah. Umi pun dah lena dah. Sorang lagi adik iparku Ismail dan isterinya Yati memang usahawan berjaya. Dekat-dekat raya macam ni ayahsu Ismail sibuk melayan pelanggan di kedai perabotnya sementara che su Yati di kedai pakaiannya....
Catatan Berkaitan Gambar:
Gambar kenangan pada hari konvokesyen anak sulungku Hamizah. Kelihatan dalam gambar: disebelahku, Umi Hasiah, atas kiri anak kelimaku Hanim Hartini, menantuku Fauzi, Hamizah dan anak ketigaku Hanis. Gambar ni diambil kat mobile studio semasa pesta konvo USM 2011. Selesai tanggungjawab memberi pendidikan kepada seorang anak. Namun masih ada lagi 4 orang sedang belajar...... Hamizi tahun akhir kat UniMap Perlis, Hanis tahun akhir USM, Hazman baru dapat masuk tahun pertama USM dan Hanim sedang nak ambil UPSR beberapa minggu lagi.
 

No comments:

Post a Comment