Saturday, July 14, 2012

MENGUTIP KENANGAN

Ini motosikalku. Masih ada di kampung ayah. Memang dah lama aku berikan motosikal ini untuk ayah. Nilai motor ini tak seberapa dari segi harga. Roadtax pun aku tak pasti masih hidup atau dah mati. Tapi sebenarnya motosikal ini besar maknanya bagiku. Ada sentimental value yang tinggi... Motor ini sebenarnya umi yang belikan untukku. Masih ingat lagi, sekitar tahun 90 an, waktu tu aku dapat sambung belajar di USM secara luar kampus. Waktu tu hanya USM yang buat luar kampus. Aku dapat tawaran belajar ke USM guna STPM. Ambil STPM pun secara persendirian. Ingat lagi waktu tu aku baru bertukar balik ke Kedah mengajar di SK Bukit Jenun Pendang. Dapat sambung belajar kat USM. Kawan baik satu sekolah masa tu Ghazali Omar (sekarang pensyarah di IPDA) pun dapat sama tawaran USM. Massalahnya nak berulang ke USM takda kenderaan. Tu yang umi buat pinjaman BISKEP iaitu badan macam koperasi di sekolahnya. Dalam seribu lebih kurang harga motor honda 90 cc tu. Dengan motor tulah aku berulang alik dari USM ke USM Pulau Pinang. Meredah panas atau hujan dengan motor tulah. Masih ingat lagi naik lebuhraya di Kota Sarang Semut ikut laluan tikus. Bersyukur sangat sebab sepanjang 6 tahun berulang alik motor ni tak pernah rosak di tengah jalan. Itu sebab aku sayang sangat motor ini. Jasanya tetap dikenang. Sesekali kalau balik kampung aku akan tunggang motor ini keliling kampung sambil mengutip kenangan lalu....

No comments:

Post a Comment