Diary Cikgu Zan
Sepanjang Jalan Kenangan
Thursday, June 3, 2021
CATATAN KHAMIS, 6 JUN 2021
Pagi ini aku dapat kembali mencatat di ruang blog ini. Setelah begitu lama, akhirnya aku dapat kembali menulis... hobi utama aku sejak dahulu.
Thursday, May 13, 2021
CATATAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2021 (PKP) - 13/5/2021
Hari ini Khamis 13 Mei 2021 merupakan Hari Raya Aidilfitri. Raya kali ini lain sekali kerana ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik Covid 19. Waktu aku menulis ini, jam menunjukkan pukul 2.40 petang.
Tuesday, May 5, 2020
Catatan 5 Mei 2020 (12 Ramadan 1441)
Petang ini aku ada sedikit ruang untuk mencatat di ruangan diaryku ini. Hari ini Hari Selasa.... Aku agak sihat hari ni. Memang aku bercadang untuk buat beberapa kerja yang tertangguh sebelum ni. Dah jadi kebiasaanku jarang sangat aku tidur semula selepas bersahur. Hari ni aku tidak ke pasar. Pagi2 aku bersih dan kemaskan bahagian hadapan rumah. Lepas tu aku nail ke tingkat atas rumahku... Betulkan bumbung awning tepi balkoni. Selesai. Setakat itu dahulu sebab dah nak berbuka.
Saturday, April 11, 2020
Foto 2020... Gambar Profil HP
Ini gambarku yang agak terkini... yang menjadi gambar profil h/pku. Gambar ini diambil pada tahun 2019 ketika usiaku 56 tahun iaitu di pejabat baharu bekas Pengetuaku Cikgu Shabudin yang juga sahabatku ... ini ketika hari send off Cikgu Shabudin dihantar ke sekolah baharu .. SM Sains Kubang Pasu Jitra, Kedah. Sengaja aku bergambar di pejabat baharunya. Nampak kemas dan menarik pejabat ni... maklumlah pejabat Pengetua Sekolah Berasrama Penuh yang berprestij. Masih kuingat lagi... pada majlis sambutan itu aku sebagai PK Pentadbiran sekolahku telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan penyerahan Cikgu Shabudin... dan disambut oleh PK Pentadbiran sekolah Sains itu. Kenangan pahit manis... suka duka ketika menerajui sekolah bersama Cikgu Shabudin tak mungkin kulupakan selama-lamanya. Oh ya... kini aku Penolong Pentadbiran di SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah. Sekolah ini letaknya lebih kurang 15 km daripada kediamanku di bandar Alor Setar. Ini tahun ketiga aku di sekolah baru dan InsyaAllah yang terakhir sebelum aku menamatkan perkhidmatan kerana aku akan bersara mulai 1 Oktober 2020 ini.
PKP- Covid 19... Kembali Membuka Diary Lama
Assalamualaikum semua pengunjung Diary Cikgu Zan. Hari ini Sabtu 11.April 2020... jam 6.00 petang... aku Cikgu Zan kembali menulis setelah lebih kurang 3 tahun lebih aku tidak menulis di sini. Lebih mengejutkan... setelah kuteliti sepanjang 3 tahun kutinggalkan diary blog ini... berlaku pertambahan sebanyak 4,000 orang pengunjung ke laman diary ini. Sungguh aku terkejut sekali. Kali terakhir rasanya cacatan pengunjung ke diary ini ialah 10,000 orang iaiatu pada tahun 2017. Kini sudah bulan April 2020.... sungguh cepat masa berlalu. Ketika aku menulis ini aku berada di tingkat atas rumahku... lebih tepat lagi di Balkoni istimewa rumahku. Beberapa hari ini akan banyak juga berehat di balkoni ini. Semuanya kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid 19.
Monday, July 3, 2017
Saturday, July 1, 2017
Aku Menulis Semula- Raya Ke-6 2017
Alhamdulillah hari ini Raya Aidilfitri Ke 6 2017 ... setelah sekian lama aku kembali menulis dalam blog peribadiku ini. Banyak peristiwa berlaku sepanjang 2 tahun aku tidak menulis di sini. akan kucuba catat dan abadikan setakat termampu. InsyaAllah
Sempena kembalinya semula aku di ruang siber ini... kuubah sedikit latar belakang blog ini supaya menjadi lebih terang dan agak ceria berbanding yang lepas .... agak gelap... mudah mudahan para pembaca yang mengikuti blogku ini sejak dulu... turut berasa senang dan ceria. yalah... seperti juga aku... harap harapnya hatiku jadi lebih cerria setiap kali membuka blog ini ...
Sempena kembalinya semula aku di ruang siber ini... kuubah sedikit latar belakang blog ini supaya menjadi lebih terang dan agak ceria berbanding yang lepas .... agak gelap... mudah mudahan para pembaca yang mengikuti blogku ini sejak dulu... turut berasa senang dan ceria. yalah... seperti juga aku... harap harapnya hatiku jadi lebih cerria setiap kali membuka blog ini ...
Monday, July 20, 2015
Catatan Petang Raya Ke 4 20 Julai 2015
Setelah sekian lama hari ini aku kembali menulis dalam diary ini. Ada sesuatu mendorong aku untuk kembali menulis kat diary ni. Aku baru balik dari reunion sekolah lamaku.... SMK Kubur Panjang. Terharunya dapat jumpa kembali rakan rakan lama......
Gambar reunion raya 20 Julai 2015 (Raya Ke-4)
Gambar reunion raya 20 Julai 2015 (Raya Ke-4)
Monday, July 28, 2014
Diary Hari Raya Aidil Fitri 1435....1 Syawal 1435
Hari ... pagi raya . Rumahku meriah kerana semua anak menantu dan cucu ada semuanya di rumah. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi. Isteri dan anak-anak perempuan semua di dapur. Anak-anak dan menantu lelaki kat tingkat atas. Aku macam biasa bangun awal... bantu itu ini dan melayan 2 orang cucuku Sya dan Na. Sekarang ni Na tidur dalam buaian dan Sya menempek dengan tok uminya di ruang dapur. Aku di ruang tamu ,.... kerja merasa nasi daging... gulai ikan aye / tongkol .... nasi impit kuah kacang daging goreng. biasanya kalau aku kata ok... kira luluslah masakan orang kat dapur. Itulah kebiasaannya kalau kami beraya di rumah sendiri. Ni aku sedang menikmati takbir raya di tv. sedap dan nostalgik sangat azan pagi ni.... sekejap lagi nak pastikan anak cucu semua mandi sunat aidil fitri... nak buka sliding door kat ruang tamu... bersiap-siap nak sambut tetamu.... inilah suasana pagi raya di rumahku....
Sunday, July 20, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)